Friday, February 24, 2012

Berniaga VS MLM

Salam buat semua…ini adalah kali pertama PB(Pensel Buruk) menulis blog…semoga apa yang PB nak kongsikan ni dapat membuka minda kita bersama…

Mungkin ramai yang pernah dengar pasal MLM kan??? ataupun lebih mudah sistem piramid…mungkin ada yang mengatakan MLM ni haram…ada yang kata MLM ni halal kalau betul pada caranya…tapi bukan itu 
yang PB nak cerita…

Apa yang PB nak bagitau kat sini…PB pernah dengar laa…ada orang mengatakan satu MLM ni bagus dan memang ramai yang telah berjaya…PB memang tak menafikan laa sebab memang ramai yang dah berjaya dengan MLM tu…MLM tu memang banyak membantu orang ramai…lagipun MLM tu memang sah di sisi 
undang-undang…

Tapi apa yang PB agak kesal tu…orang tu kata kalau boleh tak mau tengok orang kita berniaga kat pasar-pasar malam…sebab kononnya berniaga macam tu kira tak boleh menjadikan seseorang tu kaya…dan macam tak ada masa depan laa katanya…tapi bila bercakap pandai pula orang tu kata "Rasulullah pernah bersabda, "Berniaga itu adalah 9/ 10 kunci rezeki@ kekayaan"

Rasulullah juga berniaga…jadi apa salahnya??? Jadi kita janganlah nak memperlekehkan atau nak tentukan sesuatu berdasarkan apa yang kita nampak…sebab orang yang berniaga di pasar malam atau apa saja perniagaan yang halal adalah mulia dan mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w

Satu lagi PB nak bagi tau…mungkin orang yang berniaga di pasar malam nampak selekeh…tapi tahukah anda berapa tebalnya poket mereka??? Mungkin anda akan kata poket mereka tak setebal poket MLM anda…tapi itu sudah cukup menjadikan diri mereka bahagia…

Jadi bagi anda yang memang menjadikan MLM sebagai mata pencarian anda…teruskanlah selagi ianya halal…tapi tak salah sekiranya anda berniaga…dan sekiranya anda adalah seorang peniaga…teruskanlah juga selagi ianya halal…dan tak salah juga anda untuk join MLM yang halal…

Tapi…

Janganlah kita memperlekehkan orang yang mencari rezeki halal…
PB bukan seorang peniaga pasar malam…tapi PB kesal dengan kata-kata seperti itu…

Sama-samalah kita memperbaiki kelemahan diri kita…